Monday, February 2, 2009

Isu Muara

Hari ini sejarah buat muara. Bukan nak catat sejarah tapi memang menjadi sejarah yang sendirinya tercatat diminda. Sememangnya hari Jubli Emas Sultan Perak hari ni so kononnye kesempatan nak menyambung tugasan ke EPRD berkejarlah seharian muara dari selatan ke utara menuju tanah permai ini sesampai orang yang patut muara temui terpaksa keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Inilah yang dikatakan sejarah mungkin berulang, minggu sudah sama juga ceritanya. Inilah Dugaan yang harus dihadapi dengan penuh rasa tanggungjawab. Takpelah semua DR takde nurse je tinggal.
Muara terpanggil untuk mengatakan tentang dugaan. Sebagai guru memang banyak dugaan dan cabaran. Muara lama dah memikirkan bagaimana rupanya seorang guru yang penuh dedikasi dan semangat mendidik dan menjadikan pekerjaan itu satu benda yang menyeronokkan baginya. Muara pernah merasainya dulu tapi sekarang entahlah.
Pagi tadi muara dikejutkan dengan berita along kene pindah sekolah hanya kerana lebih kuota heran bin ajaib kalau dia adalah guru tidak kira guru apa dilantik menjadi guru data atau media maka dialah dalam bidang tersebut. Kementerian tidak membekalkan guru data atau media datang dari maktab atau institusi lain so kalau mereka yang dilantik kenapa nak dipindahkan lagi alasan lebih kuota. Tidak kiralah siapa dia bidang mana dia. Kan guru baru ramai.
Ini yang menghairankan muara ni. Adakah guru agama kebal tak perlu buat kerja lain jangan majukan diri. Kan satu kelebihan yang menampakkan keperkasaan guru agama yang mahir dalam banyak bidang. Hairan kan, kalau guru tu tak bagi masuk mana-mana jawatan dalam sekolah baik cop awal-awal guru agama mesti statik jaga agama sahaja jangan turun padang, jangan pegang buku teks, jangan masuk library. So bila guru agama menonjolkan kepakaran mereka?
Dah lama muara rasa macam tu. dulu lagi kenapa yek? sapa ada jawapan. Cogan kata memperkasakan pendidikan Islam bagus apa tapi gurunya nak juga perkasa. Contoh PKPG kenapa tiada bidang pendidikan Islam. Kan dah menyebabkan ramai yang tukar bidang termasuk muara. Tapi muara tidak akan lupa daratan asal muara tidak akan dilupa malah muara akan adaptasikan seluruhnya menjadi satu dan lebih hebat dan perkasa apakah dia kaunseling Islam dan bimbingan menurut cara Islam. Kan selamat anak-anak kita.

No comments: