"Senja dunia jelas di mata, namun senja hakikat ramai yang tidak kelihatan. Kerana mata telah dikaburi dengan keindahan dan keseronokan semesta yang tiada tolok bandingnya, sungguh indah ciptaan tuhan."
Indah biarlah dimatahati bukan salah satunya sahaja. Budi pekerti yang baik dan diterima umum adalah dari selari dengan kehendak iman. Namun berapa ramaikah yang beriman. mampu berfikir dengan waras dan selalu bersangka baik.
Tetapi muara hairan kenapa kita harus berkejar-kejar suatu benda yang khayalan dan bukan realiti. Maksud muara suatu yang memberikan nikmat pada diri kita sahaja sampai kita tidak sedar telah berpijak di atas diri orang lain.
Muara bertambah hairan kepada orang yang berpura-pura dan mudah tunduk pada pujuk rayu. Namun bila muara melihat senja maka muara telah mendapat jawapannya.
1. manusia dijadikan berbeza-beza fizikal mahupun psikologi
2. manusia sentiasa digoda yang nyata mahupun buta
3. manusia punyai pilihan antara dunia mahupun pusara
4. manusia adakala sedar adakala leka
5. manusia mana tidak pernah melakukan murka
Oleh itu bagi mana-mana insan yang terleka, buta dan membuat murka ayuh sedarlah minda fizikal dan raga bahawa hidup kita sudah hampir ke senja, jangan lagi kita duduk dimuara pulanglah ke asalmulia yang pada kira-kira tiada lagi murka, buta dan leka. muaraSenja
3 comments:
nice starting =)
But still tak leh lawan the best bloger i know it was you
Post a Comment