Saturday, December 5, 2009
Kehidupanku
Ayuh saksikan link picture ni sepanjang bersama anak-anakku tersayang. kepada rakan yang tak sabar nak lihat kecomelan mereka setanding bapanya huhuhuhu
Friday, October 23, 2009
Allah selamatkan kamu
Hari ini tanggal 23 hb Oktober genaplah usia anakku setahun. Nakal tetap nakal biasalah penghibur hati ketika lara. Sempat gak snap picture masa sambutan kecil-kecilan maklumlah budget kurang. Jom nikmati gambar simple ni.
Adik Amna tepuk tangan untuk Abang Aman.
mau diganggu. Memang budak cerdik ni. eh mana gambar keknya. Nak tengok tak?
Ayah pun nak tumpang sekaki la
Sunday, October 18, 2009
Kenangan di SMK Sungai Choh
Apabila sunyi sendiri muara teringat plak kat kawan- kawan anak didik di sekolah masa praktikum dulu. semuanya ok jer. terutama apabila ada observasion dari pensyarah. semasa dok belek gambar terlihat plak gamabr dari SMKsc
Suasana di bilik kaunseling yang sering kali ada sahaja tetamu dan klien, jarang sekali sunyi sepi. langsung takde can nak tidur pun.
Si AZnin ni plak adalah mat wayer di sekolah ni. Kehebatan beliau adalah dalam bidang P.A system. dan lagi kalau bab internet dialah orangnya dna suka melayari mudah.com. 

beginilah gelagat pelajar a.k.a klien kami. hampir sakit mental adanya. nasiblah kami ni pakar memulihkan semula kerosakan dalam otak mereka tapi masih wujud ketidakstabilan lagi.
anyway you all are very cool.
anyway you all are very cool.
Saturday, September 19, 2009
1 syawal
Friday, August 28, 2009
RaHsia
Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??
1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Wednesday, April 15, 2009
ilusi muara
Hari ni mrupakan last day kuliah bagi ku setelah berada di kampus UPSi yang serba cun ini. Tinggalah segala kenangan manis dan pahit bersama rakan-rakan yang sentiasa mekar di minda. Tidak lama lagi tercapailah hasrat menggenggam segulung ijazah yang mengubah keseluruhan hidup ini.
Memang agak sukar nak menerima kenyataan namun segalanya pasti akan beransur hilang dipandangan setelah dunia baru ku tempuhi nanti. Apapun untuk rakan-rakanku akan ku usahakan satu blog rasmi untuk kita bersama melayari bersama dengan berita terkini kita nanti.
Teman rakan adik freshie janganlah menagis dengan perpisahan ini kerana tak perlu pun bukan gi mati wei. Sesapa yang masih mahu menghubungi diriku silalah gunakan laman blog ni sebagai perantara. Sayang nak tinggalkan upsi nan permai. Satu hari annti aku akan datang lagi.
adik adik meh la jadi folower ku heheheh korang kan ada blog dah.

Monday, February 2, 2009
Isu Muara
Hari ini sejarah buat muara. Bukan nak catat sejarah tapi memang menjadi sejarah yang sendirinya tercatat diminda. Sememangnya hari Jubli Emas Sultan Perak hari ni so kononnye kesempatan nak menyambung tugasan ke EPRD berkejarlah seharian muara dari selatan ke utara menuju tanah permai ini sesampai orang yang patut muara temui terpaksa keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Inilah yang dikatakan sejarah mungkin berulang, minggu sudah sama juga ceritanya. Inilah Dugaan yang harus dihadapi dengan penuh rasa tanggungjawab. Takpelah semua DR takde nurse je tinggal.
Muara terpanggil untuk mengatakan tentang dugaan. Sebagai guru memang banyak dugaan dan cabaran. Muara lama dah memikirkan bagaimana rupanya seorang guru yang penuh dedikasi dan semangat mendidik dan menjadikan pekerjaan itu satu benda yang menyeronokkan baginya. Muara pernah merasainya dulu tapi sekarang entahlah.
Pagi tadi muara dikejutkan dengan berita along kene pindah sekolah hanya kerana lebih kuota heran bin ajaib kalau dia adalah guru tidak kira guru apa dilantik menjadi guru data atau media maka dialah dalam bidang tersebut. Kementerian tidak membekalkan guru data atau media datang dari maktab atau institusi lain so kalau mereka yang dilantik kenapa nak dipindahkan lagi alasan lebih kuota. Tidak kiralah siapa dia bidang mana dia. Kan guru baru ramai.
Ini yang menghairankan muara ni. Adakah guru agama kebal tak perlu buat kerja lain jangan majukan diri. Kan satu kelebihan yang menampakkan keperkasaan guru agama yang mahir dalam banyak bidang. Hairan kan, kalau guru tu tak bagi masuk mana-mana jawatan dalam sekolah baik cop awal-awal guru agama mesti statik jaga agama sahaja jangan turun padang, jangan pegang buku teks, jangan masuk library. So bila guru agama menonjolkan kepakaran mereka?
Dah lama muara rasa macam tu. dulu lagi kenapa yek? sapa ada jawapan. Cogan kata memperkasakan pendidikan Islam bagus apa tapi gurunya nak juga perkasa. Contoh PKPG kenapa tiada bidang pendidikan Islam. Kan dah menyebabkan ramai yang tukar bidang termasuk muara. Tapi muara tidak akan lupa daratan asal muara tidak akan dilupa malah muara akan adaptasikan seluruhnya menjadi satu dan lebih hebat dan perkasa apakah dia kaunseling Islam dan bimbingan menurut cara Islam. Kan selamat anak-anak kita.
Friday, January 23, 2009
mUaRa Renungan
"Senja dunia jelas di mata, namun senja hakikat ramai yang tidak kelihatan. Kerana mata telah dikaburi dengan keindahan dan keseronokan semesta yang tiada tolok bandingnya, sungguh indah ciptaan tuhan."
Indah biarlah dimatahati bukan salah satunya sahaja. Budi pekerti yang baik dan diterima umum adalah dari selari dengan kehendak iman. Namun berapa ramaikah yang beriman. mampu berfikir dengan waras dan selalu bersangka baik.
Tetapi muara hairan kenapa kita harus berkejar-kejar suatu benda yang khayalan dan bukan realiti. Maksud muara suatu yang memberikan nikmat pada diri kita sahaja sampai kita tidak sedar telah berpijak di atas diri orang lain.
Muara bertambah hairan kepada orang yang berpura-pura dan mudah tunduk pada pujuk rayu. Namun bila muara melihat senja maka muara telah mendapat jawapannya.
1. manusia dijadikan berbeza-beza fizikal mahupun psikologi
2. manusia sentiasa digoda yang nyata mahupun buta
3. manusia punyai pilihan antara dunia mahupun pusara
4. manusia adakala sedar adakala leka
5. manusia mana tidak pernah melakukan murka
Oleh itu bagi mana-mana insan yang terleka, buta dan membuat murka ayuh sedarlah minda fizikal dan raga bahawa hidup kita sudah hampir ke senja, jangan lagi kita duduk dimuara pulanglah ke asalmulia yang pada kira-kira tiada lagi murka, buta dan leka. muaraSenja
Subscribe to:
Posts (Atom)